An extreme year...
Tuesday, June 3, 2014 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum, Selamat sejahtera. Apa khabar semua? Sihat? Harini tak berapa nak sihat sangat sebab baru demam. Haha. Dah lama tak menaip. Rindu nak menaip. Okay... So, dah start cuti. How's your holiday? Tahun ni aku tak holiday kot. Tahun EXAM katanyaaa. So, duduk jelah kat rumah 2 minggu ni. Harhar. Btw, ada bnyak hw. And, tak boleh nak lari dari benda tu kan. Haishh. Takpe, berapa bulan je lagi. Malaysia boleh! :)Okay, mcm dah start merepek. Back to the topic. Extreme year. What's that? Memandangkan tahun ni tahun last, tahun exam, tahun SPM, tahun terakhir untuk aku pakai baju sekolah, so, it would be a totally amazing year. Hahaha. Aku pun tak tahu ape aku cakap... Jadi, aku nak story sikit apa yang berlaku tahun ni. Awal tahun... aku tak berapa nak aktif sangat. Disebabkan tak bnyak sangat programnya. So, aku hanya bergaul dalam kelompok 5 Sains sahaja. Tu pun beberapa orang je. And then, a few months after that, aku mula aktif kadet. First thing yg aku join daerah, ialah menembak. Aku ingat lagi, masa menembak tu aku gaduh dengan polis tu disebabkan aku lambat mengira. Mengada betul. Haha. Dan, aku ingat lagi markah menembak Syazwan, 3 je. Hahah. Masa tu aku kutuk dia habis habisan. Lepastuuuu, aku join kem daerah. Dalam kem daerah tu, aku ade terpilih untuk Rentas Halangan. Tetapi disebabkan fizikal aku yg tak berapa nak cekal... So, aku tak terpilih untuk final nye. Dan, AKU TAK NAK PUN. Haha. Penat kot. Ya Allah... Then,masa kem tu jugak ade Pertandingan Kawad Kaki antara platun. Dan kitorang dapat JOHAN. Walaupun Nurina bagi arahan salah. Haha. Bukan nak gelakkan, tapi kalau ingat balik, sumpah lawak. Rasa mcm nak tergelak pun ade masa dalam baris tu. :3 Habis Kem Daerah, join Kawad Intensif Daerah. Masa ni aku baru nak berjinak jinak untuk kenal budak budak daerah dan juga budak sekolah aku. Ye, budak sekolah aku. Sebab... mana mana aku pergi, aku akan berkepit dengan Nurina sahaja. Start masuk kawad intensif, aku cuba untuk bergaul dgn budak sekolah aku sendiri. Tak senonoh kan? Haha. And then, baru aku sedar, rupanya aku bukannya hebat sangat. Haha. So, masa kawad intensif tu.. macam macam hal berlaku. Soal perasaan, soal fizikal, soal mental... Banyak peristiwa baru menimpa kat aku masa ni. Dan, aku berjaya tempuhi sedikit demi sedikit. Aku dapat pangkat SARJAN DAERAH. Haha, bangga gila katekooo. Sebab korang ingat senang ke nak terpilih apa apa kalau Cik Mad yg pilih. Huhhh. Sabooo jelah dengan dia. And, aku juga terpilih untuk Wakil Negeri dalam Kawad Kaki Kor Kadet Peringkat Negeri. Yang pasal kor tu takyah cerita lah. Bukan menang pun. Haha. Tapi, bnyak pengalaman yg aku dapat sepanjang aku join kadet ni. Pelbagai. Lepas settle pasal kadet daerah. Pergi ke sekolah pulak. Okay, masa kawad kaki sekolah ni, mcm mcm konflik jadi. Hanya Allah je tahu betapa runsingnya aku waktu tu. Sedih ada, gembira ada. But, apa yang penting, keputusannya. Kitorang kalah dengan KRS. Idk why. Bukan rezeki kitorang agaknya. Tapi, kitorang think positive. Mungkin ada hikmah. Dapat nombor 2 pun dikira ALHAMDULILLAH. Kann... Untuk yang terakhir aku join kadet, aku masuk Kawad Kaki Peringkat Daerah. Ada tiga kategori. KRS, Badan GO, dan Badan NGO. Untuk polis, kitorang dalam kategori, Badan GO. Sekolah aku hantar dua platun. Polis dan KRS. Sepanjang latihan kitorang, tak sah kalau tak ade yang bertegang urat. Dan, aku sebagai KETUA PLATUN, aku pun hanya mampu lihat... Haha, tak guna kan aku? Anak buah sendiri pun tak reti jaga. Tapi, walaupun sampai mcm tu sekali, masa hari pertandingan. Kitorang terus jadi mcm family. Support each other. Macam... sweetnya Ya Allah. Kalau diingat balik, rasa nak nangis. Semangat setia kawan tu penting sangat. dan itulah kali terakhir aku join kadet. Lepasni, aku nak fokus study, walaupun kadang kadang aku rasa nak kawad sorang sornag kat 7.20 square tu. Harhar. Mcm banyak cerita pasal kadet kan? Haha. Yelah, muka aku kena target selalu keluar kelas dgn Puan Fatimah. Haha, asyik kawadddd aje. Sampai mak aku cakap, kau jadi polis jelah. Hehehe.
Ada dua tiga gambar kenangan yg aku nak share...
*Latihan pusat Kor Kadet Negeri*
*Yang atas, kawad kaki peringkat Sekolah*
*latihan Kawad Kaki Sekolah*
*Kawad Kaki Peringkat Daerah*
*Menembakkk*
*Kem Daerah*
*Latihan pusat Kor Kadet Negeri*
*@ Shah Alam. Sehari sebelum Kawad Negeri*
*Ketua Platun Kawad Kaki Daerah*
Tu jelah kot story aku. Sampai masa jumpa lagi ye. Adiosss. Assalamualaikum. :))
New School :))
Monday, November 11, 2013 | 0 Comment [s]
Assalamualaikummmmmmm!
Hai, apa khabar semua? :) I sihat jeeeeww. Haha, ok. Jangan gedik. -_- Hmm, tgah buat apa? Takda buat apa? Biasalahtu. Hehe.
Okay, harini nak cerita pasal sekolah baru. Yeah! Aku baru pindah. Di mana? Of courses SMK Sg Buaya. :)) Sebenarnya nak dekat sebulan dah aku kat sini. Hmm, harini baru sempat nak cerita. Maaafffff. :/ Maklumlah, masuk2 sekolah baru terus exam final year. Okay. Nak cerita pasal sekolah baru? Hmmm, tapi sikit jelah. Hehe. :3
Okay. Aku masuk masa awal bulan 10. Macam tu lah. Masuk2 sekolah tu, terus dorang jerit nama aku. Haha, malas nak bgtahu siapa mereka. Tahu2 jelah. Hehe. Lepastu, masuk kelas 4Sains. Diorang ni peramah lah jugak. :) Hehe. Percaya atau tidak, first day aku masuk, aku dah dapat best friend dua orang. Haha, hebat tak kak ton? Haha. Tetiba je. Sorang nama Nurina, sorang nama Nadjwa. Haha, starting dua2 N. Dorang ni baiklah jugak. Sama prangai dengan aku. Haha, menggila je kerja. Ke mana kitorang pergi, mesti bertiga. :) Sampai ke harini.
Aku nak dikatakan peramah, taklah sangat. Maybe disebabkan aku dah banyak pindah, so, aku boleh biasakan diri kot. :3 Okay, sambung. Dalam kelas baru aku tu ada 33 orang. Ramai kan? Haha. Padahal lelaki ada 12 je. Okay. Kelas ni meriah lah jugak. And as usual, ada budak pandai, budak paling riuh, budak yg tak reti duduk diam, ulat buku dan sebagainyaaa. Haha, yg pastinya calon-calon kat atas tu bukan aku. :3 Nak dipanjangkan cerita pasal kelas ni, mmg sampai esoklah tak habis kan? :) So, secara konklusinya, mereka adalah anak-anak yang baik. >.< Hahaha. Bolehlah, belum ada masalah lagi. :) Kalau ada masalah, aku roger-roger eh? sampai sini jelah. Act, nak taip pepanjang, tapi tetiba sakit bahu. Maaplah kawan, lain kali jelah eh? Hehehehe. Byebye. Love you ollsss :)) Especially, Affiq. :3 Haha. Okay. Salam. ^^v
P/S: Meriahkan hashtag aku di twitter (#EMAzing) *konon* Lama tak jumpa. :)
Sunday, September 15, 2013 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum semua. Haii. :) Sihat? Harap sihat ye. :3 Yeah,dah lama tak update. Haritu ade orang tanya. Haha. Nak update lah ni sayang. :) Okay. Hmmm,nak cerita pasal ape eh? Kalau boleh mcm-mcm aku nak cerita tapi benda terlalu banyak dan aku malas nak menaip. Hehe. *tarik nafasss*hembus. Huhh~Okay. Tu jelah. Hahahaha. Serius takda point aku bukak blog harini. Takpelah. :) Jumpa nanti eh. Byebye. Assalamualaikum. :3 Konvensyen Shah Alam. :)
Friday, May 10, 2013 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum.... Apa kabaran semua? Sihat? Ema alhamdulillah sihat. *Ema? hahaha. Yup,itulah nama manja saya dimana-mana saya berada. Yeah~ Harini aku nak cerita pasal aku pergi konvensyen kat SACC Mall Shah Alam. Apa fungsi aku pergi sana pun aku tak tahu. So,aku ikut ajee. Maybe sebab aku ahli usahawan. Tapi bila pergi sana,banyak betul ilmu kitorang dapat pasal keusahawanan ni. Bayangkan kiosk korang sangat kecik,sangat padat, tapi mampu dapat keuntungan bersih lebih daripada rm70+ ribu. Hahaha,gila tak gila. Memang memberi inspirasi lah kat kitorang kan. Bukan tu je aku dapat bila pergi sana, aku dapat jumpa kawan-kawan masa kem usahawan haritu. Sangat best bersembang dengan diorang. Hahah,memang sporting gila, walaupun masa kem kitorang kenal 3 hari je, tapi dah macam best prengggg. Eceh. Hahaha. Eh eh,masa konvensyen tu jugak ada cabutan bertuah tau. Yang paling gempak cabutan bertuah dia mahal-mahal pulak tu. Contohnya,beg body glove ori,beg tropicana ori,bola ori, dan yang paling tak boleh blah, ramai gak dapat iPad 2 freee. FREE KOT. Haish~asal lah aku yg tak bertuah. Haha,mengada pulak aku ni. Hmmm,takpelah. Malas nak membebel dah, so aku nak tunjukkan beberapa gambar yang aku dapat tangkap masa kat sana. Ok,bye. Tataaaa. Assalamualaikum sweetheart. :-*
#Bersama Miaaa,budak SMK (P) Kapar. Kawan gaduh aku. :P
#Dari kiri Muhd Ain,Mia,Aku. :)
#Kembar. Eirah,Eikah
#Nur Syafikah Binti Azhar.
#Persembahan. :)
#Aku,Eirah,Sofiaa. ;)
#Badge. Kalau takda tak boleh masuk dewan.
#PerjumpaanPerdana :)
Thursday, March 28, 2013 | 0 Comment [s]
Hai,assalamualaikum... Sihat? hehe. Mestilah sihat kan. InShaaAllah... Nak cerita pasal kitorang hang haritu. Sorry lah tak dapat sambung pasal kem daerah. Hihi. Malas nak ingat balik lerrr. OK.Pagi tu aku keluar pagi-pagi dalam pukul 7.30 cenggitu sebab nak tunggu anis kat klinik serendah. So,tunggu tunggu punya tunggu dalam pukul 8.30 dia muncul. Naik bus..........................ting! Dah sampai Rawang. Afiq suruh tunggu kat stesen bas. Then kitorang tunggulah,tetiba dia terkejutkan aku dari belakang. Free-free kena bodoh dengan aku time tu. Lepastu,naik bas pergi Jusco. K,waktu ni hujan,dah sampai Jusco kitorang redah sampai baju aku BASAH KUYUP. Haish. Sabar jelah. Hm,then tunggu budak-budak laki dengan budak-budak perempuan dengan penuh keboringan. Hehe. Sementara tunggu tu makanlah,tiba-tiba nampak Husna dengan Seraa. Hahaha,weee. Lama tak jumpa kau Husna. Muka dia pun dah berubah. Hihi. Sembang-sembang jap,then diorang blah. Ada hal lah tu. Beberapa minit,diorang pun sampai. Pergi naik atas rancang nak survey tiket,tapi budak-budak laki melencong pergi tempat game. Haish,tak senonoh perangai. Haha. Apa lagi,aku pun joinlah. Hahahaha. Best. Main game tembak,game bola,game menari. Hehe. Lepastu,pergi tengok wayang. Cerita The Croods. Daripada start cerita tu sampai habis semua orang kat pawagam tu gelak jee. Sebab cerita tu kelakar dan sangat best. Tak caya? Tengok lerr sendiri. Kan? :D .Lepas tu,masing-masing balik~ -THE END- hehe,moral of the story,dapat jumpa budak-budak asrama walaupun sekejap. Rindu diorang. Hmmmm. Hope tak lupakan budak Sg Choh ok? Ok lah,bye. Tataaaa~ ^-^ Kem Daerah(2) ;)
Saturday, March 16, 2013 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum...
Ok,sambung semalam nyeee. Hmmm,malam kebudayaan. Untuk malam kebudayaan yg pertama, kitorang kena buat cabutan dulu. Yeah,kitorang dapat number 17. So,kitorang buat esok malam. Weeee~ happy sungguh sebab tak payah nak menggelabah malam tu. Malam kebudayaan yg pertama,group yg dpt no 1 sampai 9 je buat persembahan. Memang mengantuk gilaaaaa habisss. Budak-budak bukan tengok diorang buat persembahan,tapi memekak. Haish. Sabooo jelah~ .K,dah habis malam yg kedua. Tidoooo. Bangun pukul 5.30 a.m. Yupp,aku jadi tukang kejut diorang. Lagi. Hahahaa. Alarm berbunyi tapi aku padam. Tahu tak,tiga malam aku menggigil tido kat situ. Nampak permainan dia. Rugi betul tak bawak selimut. Terpaksa aku guna telekung,dah mcm apa dah. Ok,sambung.
Hari ketigaaaaa. Pagi,bangun. Tak mandi sebab sejuk gila babenggg. Gosok gigi,cuci muka,tukar baju. Ok,hari tu adalah hari pertandingan. So,kamiorang kene standby fizikal dan mental untuk hadapi hari tu. Lepas senamrobik kitorang buat pandu arah. Cenggini cerita nyeee. K,kumpulan terbahagi kepada 18. Setiap kumpulan mesti ada ketua,pencatat dan tukang kira langkah. Untuk kumpulan aku,aku jadi ketua. Aku tak tahu mengapa dan kenapa aku selalu kena attack. Haish. Then,kitorang standby lah.
Dah kena panggil kitorang pun buat. Masuk dalam hutan sampai hujung dunia then aku kena pegang kompas dan carik mana arah kena tuju. Kalau salah,memang korang terperangkap dalam hutan tulah. Nasib dekat,kalau tak niaya kau. Haha. Jurulatih tu bg masa 25 minit tau,kitorang dapat buat dalam masa 20 minit. Sweet tak? Hahah. Lepas pandu arah,rentas halangan. Pemilihan. Aku tak dapat sebab aku tak sekuat diorang. Nasib aku tak tenggelam dalam sungai tu. Hoho. Lepas tu lepas tu. Pemilihan kawad. Cik mad pilih 25 orang je tau,and you know what? Aku dapat! Hahaha. Pastu,balik,makan,standby solat maghrib..... Ok lah,sambung esok lagi. Hehe. Salam. ^^v
Kem Daerah(1). ;)
Friday, March 15, 2013 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum
Hai,semua. I'm back! Hehe. So,apa cerita? Rindu korang semua. Sangat. Sangat. Sangat. Haish. Hmmm,aku kepenatan. Petang tadi baru balik dari kem daerah. Nak kata best, mmg best. 4 hari 3 malam yg sangat best. Tapi ada satu dua cerita pasal budak yang sangat kurang ajar semasa kem ni. So,secara konklusinya tak berapa nak best sangat. Yaaaa,makanya... aku malas nak cerita pasal mereka yg teruk tu, aku nak cerita pasal aktiviti yg kitorang buat kat sana. Ok? :) .
So,first of all,hari selasa kitorang gerak dari sekolah dalam pukul 8 cenggitu. Agak awallah. Aku naik kereta cikgu khadijah. Dalam kereta tu ada akbar,aku,aisyah,sofia dgn kak khalijah. Memang sempit lahkan. So,aku terpaksa berhimpit-himpit dengan si cedoi mata sepet tu. Hahaha. Dalam sejam lebih,mungkin kurang dari tu. Kitorang pun sampai. Pijak je kaki kat situ,dengar bunyi sungai. Huuuhhhh,time tu sangat teruja. Rasa macam nak terjun je dalam tu. Wahahaha. K,lepas pasang khemah apa semua. Makan. Lepas tu,solat,kawad jap,rentas halangan,mandi,siap untuk malam kebudayaan. Untuk malam kebudayaan,kitorang dibahagikan kepada lain-lain sekolah. Dalam group aku,takde budak sg choh. Huhu.
Antara ahli kumpulan Group 7 ialah Fahmi,Haziq,Ismail,Haiqal,Akmal,Aisyah,Syasya,Alisha,Alis dan aku. Haha,semua sekolah lain-lain. Malam tu kena bincang apa nak persembahkan untuk malam kebudayaan esok dan lusa. Then,lepas habis bincang,tido. Aku satu khemah dengan Aisyah Rahim dan Sofia Tang. Hehe. Kami tak boleh berpisah. Untuk pengetahuan korang, aku lah yang jadi tukan kejut dorang selama 4 hari tu. Sabar jelah. -.- .Ok,sambung. Hari kedua,jadual sangat padat. Rehat pun sekejap je. Sangat penat ye. First kitorang buat apaa ek? Allah,tak ingat pulak. Yang aku ingat kitorang ada buat pemilihan kawad kaki. And nak tahu apa yg paling best? Kitorang dapat mandi sungai. Wow,rasa macam heaven gila. Haha. Aku dengan Aisyah dengan sungai sampaaaaaaiiiiiiiiiiii hujung dunia. Haha. Lepastu,tukar baju,solat asar,makan,solat maghrib,then malam kebudayaan pun bermula. Alamak,ngantuklah.... Nak tido dulu boleh? Esok sambung eh? Janji. :) .K,bye. Assalamualaikum. ^^v
|
Intro ;)
My Things :D Let's Talk!
Le Credits! |